SISTEM AHLI
● Sistem Ahli – sistem yang
melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
CIRI-CIRI SISTEM AHLI
● Satu sistem kabinet bayangan
yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk
memegang jawatan yang dibentuk.
● Anggota sistem ahli dikenali
sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
● Perlantikan ahli dibuat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
● Ahlinya terdiri daripada 9
orang.
● 5 orang penduduk Tanah
Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
● 4 orang pegawai Inggeris.
● Ahli – ahli diletakkan di
bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
PAKATAN MURNI
● Pakatan Murni – Usaha semua
kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.
● Setiap kaum mempunyai
tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian
untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI
SEBELUM PERIKATAN
1. Penubuhan Jawatankuasa
Hubungan Antara kaum
@ Communities Liaison Committee (CLC)
pd
Januari 1949.
● Mulanya dianggotai oleh org
Melayu dan Cina.
● Pd Ogos 1949 CLC dianggotai
6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri
Lanka, Serani dan Eropah.
Hasil Perundingan UMNO-CLC
beberapa perkara telah dipersetujui.
● Penubuhan lembaga
Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA).
Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum
Melayu.
● Kerakyatan Negeri 1951.
Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
● Pilihanraya. Akan diadakan
pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP).
1. Pembukaan keahlian UMNO
kepada bukan Melayu.
● Dicadangkan oleh Dato’ Onn
pd 1951.
● Cadangan beliau dikecam
hebat.
● Masyarakat Melayu enggan
berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
● Beliau kemudiannya telah
meninggalkan UMNO.
2. Penubuhan Parti Kemerdekaan
Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).
● Ditubuhkan oleh Dato’ Onn
Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
● IMP terbuka kepada semua
kaum.
● Namun IMP gagal mendapat
sambutan org Cina, India dan kaum lain.
● Kaum2 ini tidak merasakan
bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.
3. Penubuhan Persidangan
Kebangsaan
● Ditubuhkan pada Februari
1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
● Tujuan – mencapai kerjasama
politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan
Tanah Melayu.
4. Konvensyen Kebangsaan
● Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
● Turut disertai pelbagai
parti dan persatuan politik yang lain.
● Kerjasama ini telah
mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
SURUHANJAYA REID
1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi
membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.
2. Anggota Suruhanjaya Reid
● Lord Reid (Hakim British)
● Sir Ivor Jennings
● Sir William McKell
● Tuan B. Malik
● Tuan Abd. Hamid
3. Beberapa isu menjai panduan
suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.
● Kerajaan Persekutuan yang
kuat
● Pemberian kuasa autonomi
kepada negeri dalam bidang tertentu.
● Kedudukan Raja-raja Melayu.
● Hak istimewa orang Melayu.
● Pewujuan satu bangsa
persekutuan.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1957.
Antara isi pentingnya
termasuklah:
● Pembentukan sebuah Kerajaan
Persekutuan.
● Pemisahan antara kuasa
negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
● Institusi Raja dijadikan
Raja Berperlembagaan.
● Tiga jenis kerakyatan
diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Prinsip jus soli diterima.
● Kedudukan istimewa orang
Melayu dikekalkan.
● Agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan.
● Tanah Simpanan Melayu
dikekalkan.
● Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
● Yang Di-pertuan Agong
menjadi ketua negara.
● Pentadbiran negara bersifat
demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah
kuasa Parlimen.
● Pada peringkat negeri, Menteri
Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan
Negeri.
KEPENTINGAN PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
● Membolehkan kerajaan
demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
● Pemimpin Melayu dan bukan
Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
● Keharmonian kaum dapat
dicapai tanpa pertumpahan arah.
● Memberi hak mutlak kepada
penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri.
● Setiap kaum berusaha untuk melahirkan
identiti masyarakat yang merdeka.
● Perbezaan warna kulit,
agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH
KEMERDEKAAN
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
● Presiden UMNO
● Ketua Parti Perikatran dan
Perdana Menteri.
● Mengendalikan Pakatan Murni
antara kaum.
● Kemerdekaan telah dapat
dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
2. TUN ABD RAZAK
● Timbalan Presiden UMNO dan
Timbalan Perdana Menteri
● Menjadi perunding tuntutan
kemerdekaan di London pd tahun 1956.
● Menjadi perunding dalam
menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
● Pengerusi Jawatankuasa
Penyata Pendidikan 1956.
● Dilantik menjadi Perdana
Menteri Malaysia Kedua pada 1970.
3. TUN H.S LEE
● Tokoh MCA yang turut
mencetuskan idea Parti Perikatan.
● MCA bekerjasama dengan UMNO
dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.
4. TAN CHENG LOCK
● Presiden MCA
● Penyokong Tunku Abd Rahman
dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
5. TUN V. T SAMBANTHAN
● Presiden MIC
● Bersama-sama Tunku Abdul
Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
● Menyokong sepenuhnya dasar
kerjasama kaum.
● Menyeru kaum India supaya
memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.
As claimed by Stanford Medical, It is really the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh an average of 19 KG lighter than us.
BalasPadam(And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "how" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...
CLICK on this link to uncover if this little quiz can help you find out your real weight loss potential