CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA
1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui gagasan
Malaysia
1959 – Lee Kuan Yew mendesak
British supaya berunding dengan
Tunku Abd Rahman untuk menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
1956 – Dato Onn Jaafar
mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang mereka
dinamai Malaysia.
1955 – Lim Yew Hock dan
David Marshall mencadangkan penggabungan.
1948 – Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA
1. FAKTOR POLITIK
● Lee Kuan Yew minat bergabung
dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya
Hong Lim di Singapura.
● Perkembangan Barisan
Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan
Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
● Keadaan ini membimbangkan
kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada
Singapura.
● Ancaman komunis juga
merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
● Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
(PKM) dari 1948-1960.
● Ancaman komunis juga wujud
di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO).
Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
● Penyertaan Singapura. Sarawak
dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi
menghadapi ancaman komunis.
● Penubuhan Malaysia akan
mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa
ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
● Penubuhan Malaysia ialah
proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
● British berharap pembentukan
Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan
wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
● Penubuhan Malaysia akan
mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan
perkembangan industri pertanian.
● Kerjasama serantau dalam
bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di
negeri-negeri ini.
● Tanah Melayu kaya dengan
getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya
dengan minyak.
REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA
(A) REAKSI DLM NEGERI
1. Reaksi Persekutuan Tanah
Melayu
● Kebanyakan parti politik
menyokong idea ini.
● Parti Islam Se-Tanah Melayu
(PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan
penduduk Tanah Melayu.
● UMNO menyetujui penggabungan
Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura.
2. Reaksi Singapura
● Lee Kuan Yew dan partinya
PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
● Barisan Sosialis menentang
idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
● Pandangan mereka disokong
oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
● Parti Rakyat Bersatu pimpinan
Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
● Referendum di adakan pada 1
Sept 1962.
● Pengundi Singapura memilih
penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
●
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
● Pada peringkat awal mereka
menolak gagasan Malaysia.
● Ramai ingin kekal di bawah
pemerintahan British.
● Mereka tidak yakin untuk
membentuk pemerintahan sendiri.
● Hal ini disebabkan selama
ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
● SUPP bimbang Sarawak dan
Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
● PESAKA, SNAP, dan UNKO
bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org
Melayu.
● Mereka juga bimbang ekonomi
Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
● Semua parti politik di
Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
● PANAS, BERJASA dan USNO
membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.
1. Reaksi Sarawak
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
SUPP
|
Ong Kee Hui
|
Majoriti org Cina dan
sebilangan Melayu.
|
PANAS
|
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
|
Majoriti Melayu
|
SNAP
|
Stephen Kalong Ningkan
|
Org Iban
|
BERJASA
|
Abd Rahman Yaakub &
Abd taib Mahmud
|
Majoriti Melayu &
Melanau
|
PESAKA
|
Temenggung Jugah Anak
Barieng
|
Org Cina
|
● Kesemua parti politik ini
akhirnya menyokong Malaysia.
● SUPP terus menentang.
● Okt 1962, 5 buah parti iaitu
PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA
bergabung membentuk Perikatan Sarawak.
● Mereka berjuang ke arah
menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
● Mereka juga bersaha menyekat
pengaruh SUPP.
5. Reaksi Sabah
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
UNKO
|
Donald Stephen
|
Majoriti Kadazan
|
USNO
|
Datu Mustapha Datu Harun
|
Org Islam Sabah
|
Pasok Momugon
|
G.S Sundang
|
Dusun/Kadazan
|
Parti Bersatu
|
Khoo Siak Chew
|
Org Cina
|
Parti Demokratik
|
Peter Chin
|
Org Cina
|
● UNKO, USNO, Pasok Momugun,
Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
● Menyokong penyertaan Sabah
ke dalam Malaysia.
● Parti Perikatan Sabah
mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20
untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
● Tuntutan ini juga kemudiannya
diterima oleh Sarawak.
● Laporan Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
● Tuntutan ini menjadi asas
pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
● Tuntutan ini akan melindungi
kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
● Terdapat perbezaan hak kuasa
bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
● Hak ini dikenali sebagai Hak
Wilayah Asingan.
● Antara perkara penting dalam
Hak Wilayah Asingan :-
●
Ketua Negeri
●
Bahasa Kebangsaan
●
Agama Islam
●
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
●
Kerakyatan
●
Peruntukan Kewangan
●
Pelajaran.
6. Reaksi Brunei
● Sultan Omar Ali Saifuddin
menyokong gagasan Malaysia.
● Parti Rakyat Brunei (PRB) di
bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
● Mereka ingin menubuhkan Persekutuan
Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan
Brunei.
● PRB menganggap Malaysia satu
bentuk neokolonialisme.
● A.M Azhari melancarkan
pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
● A.M Azhari dan penyokongnya
mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
● Melancarkan pemberontakan
pada 1962.
● Dapat dipatahkan oleh
tentera British.
● A.M Azhari yg berada di
Manila tidak dapat ditangkap.
● Beliau akhirnya mendapat
perlindungan politik di Indonesia.
(B) REAKSI NEGARA LUAR
1. Reaksi Indonesia
● Peringkat awal tidak
menunjukkan sebarang reaksi.
● Tentangan muncul apabila
Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk
neokolonialisme.
● Panangan yg disuarakan oleh
Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
● Dasar Konfrontasi ekonomi an
kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
● Ganyang Malaysia – Dasar
Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
● Antara tindakan Indonesia:-
●
menghantar pengintip
●
serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
●
Menceroboh ruang udara
●
Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
●
Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
●
Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia
Ketiga.
● Tindakbalas Malaysia.
●
mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia,
New Zealand dan Kanada.
●
Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB
berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
●
Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan
antara Malaysia dan Inonesia.
●
Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan
Indonesia sendiri.
● Hubungan tegang ini
berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang
menggulingkan Soekarno.
● Soeharto menghantar Menteri
Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
● Perundingan memulihkan
hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
2. Reaksi Filipina
● Presiden Macapagal membuat
pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
● Filipina mendakwa Sabah
masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
● Tuntutan ini berdasarkan
perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von
Overbeck.
● Overbeck kemudiannya
menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan
yG memperoleh Piagam Diraja daripada British.
● Pada tahun 1881, syarikat
ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
● Syarikat ini memerintah
Sabah sehingga kedatangan Jepun.
● Pada tahun 1946, SBUB
menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
● Pajakan ini telah
diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram
pd 22 Januari 1958.
● Pd Jun 1966 Filipina
mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH
PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Jawatankuasa Perunding
Perpaduan Kaum (JPPK)
● JPPK ditubuhkan di Singapura
dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
● Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman,
Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew (
Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
● Peranan JPPK – menerangkan
kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan
menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
● Dalam mesyuarat di Singapura
JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
● Memorandum ini mengandungi
perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke
dalam perlembagaan yang baru.
(b) Suruhanjaya Cobbold
● Keanggotaan – 3 org pegawai
British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony
Abbel dan Sir David Watherston.
● Rakyat tempatan – Dato’ Wong
Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
● Tujuan :-
●
meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
●
Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
●
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
● Laporan Suruhanjaya
Cobbold:-
●
1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
●
1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
●
1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
● Antara cadangan Suruhanjaya
ini.
●
perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957.
●
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
●
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
●
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
●
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
●
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
(c) JAWATANKUASA ANTARA
KERAJAAN
(JAK)
● Dipengerusikan oleh Lord
Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
● Kedua-duanya mengunjungi
Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
● JAK bemesyuarat 24 kali bagi
mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
● Membincangkan hak dan
kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
(d) MAPHILINDO
● Bagi mengurangkan
ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina
telah diadakan.
● Perbincangan antara Tunku
Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari
30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
● Hasil rundingan ini
MAPHILINDO ditubuhkan.
● Bersetuju mencari jalan
penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
INTI PATI PERJANJIAN
MALAYSIA 1963
● Semua urusan hal ehwal luar
adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
● Agama Islam adalah agama
Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
● Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
● Bagi Sarwak dan Sabah,
bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
● Sarawak dan Sabah diberikan
kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
● Sarawak memperoleh 24
kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.
● Bumiputera Sabah dan Sarawak
mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.
Do you realize there's a 12 word sentence you can speak to your crush... that will trigger intense emotions of love and instinctual attraction for you buried inside his heart?
BalasPadamBecause deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, look after and guard you with his entire heart...
===> 12 Words That Trigger A Man's Love Response
This instinct is so hardwired into a man's mind that it will make him try harder than before to take care of you.
In fact, triggering this mighty instinct is absolutely mandatory to having the best possible relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...
...You will immediately find him open his mind and soul for you in such a way he haven't experienced before and he will see you as the one and only woman in the universe who has ever truly attracted him.