CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
1. Negara
■ Negara – wilayah yg
mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
■ Malaysia terdiri daripada
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
2. Bangsa
■ Merujuk kepada sekumpulan
manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
■ Mempunyai persamaan dari
segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.
3. Kerajaan
■ Institusi pemerintah yang
bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
■ Kerajaan juga bertindak
sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
■ Kerajaan di negara kita
merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman.
4. Perlembagaan
■ Peraturan tertinggi sama ada
bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
■ Perlembagaan bertujuan
memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
1. Wilayah Pengaruh
■ Wilayah - Kawasan tempat
tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum.
■ Wilayah Pengaruh – kawasan
yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.
■ Empayar Kesultanan Melayu
Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Timur
Sumatera.
2. Kedaulatan
■ Kekuasaan tertinggi terhadap
rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana
pihak.
■ Kedaulatan juga merujuk
kepada kekuasaan yg dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
■ Kedaulatan memastikan
sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau
penjajahan kuasa asing.
3. Lambang-lambang
■ Lambang Negara – Simbol atau
tanda yg mempunyai ientiti sesebuah negara.
■ Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa.
■ Sistem pemerintahan beraja,
adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang
dikekalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka.
■ Kebesaran sultan dan
Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna,
bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
4. Keunggulan Undang-Undang
■ Undang-undang dicipta untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
■ Keunggulan undang-undang
menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima
oleh masyarakat.
■ Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka.
■ Hukum Kanun Melaka –
mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang
larang di kalangan masyarakat.
■ Hukum Kanun Melaka turut
menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam dan undang-undang keluarga.
■ Undang-Undang Laut Melaka –
berkaitan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur
cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi
kesalahan jenayah.
5. Rakyat
■ Seluruh penduduk bagi
sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
■ Sebagai tanda ketaatan ,
rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan,
mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.
6. Kerajaan
■ Badan yang diberikan kuasa
untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan
negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
■ Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yg dibantu oleh
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
JOHOR.
1. Latar Belakang
■ Diperkenalkan oleh Sultan
Abu Bakar.
■ Dikuatkuasakan pada tahun
1895.
2. Kandungan Undang-Undang
Tubuh Kerajaan
Johor.
■ Keturunan Sultan sebagai
pewaris takhta
■ Pengiktirafan orang Melayu
sebagai rakyat Johor.
■ Agama Islam sebagai agama
negeri.
■ Raja hendaklah berbangsa
Melayu
■ Lelaki
■ Beragama Islam
■ Merupakan waris pemerintah
Johor
■ Raja, Menteri dan Jemaah
Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
■ Raja berhak memilih menteri
Besar.
■ Naib menteri Besar
ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
3. Majlis Mesyuarat Kerajaan
dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri dan
Jemaah Menteri.
4. Majlis Negeri – mempunyai
kuasa perundangan dan Jemaah Menteri – mempunyai kuasa
pelaksana.
5. Majlis Negeri
dipengerusikan oleh Menteri Besar
sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu
raja dan Jemaah Menteri mentadbir negeri
dan rakyat.
6. Jemaah Menteri teriri
daripada 8 hingga 12 org pegawai kanan
kerajaan yg menjadi anggota
Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu,
beragama Isalam dan merupakan rakyat Johor.
7. Pengisytiharan
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
berjaya memantapkan sistem pentadbiran
Johor bagi menghalang rancangan
British menguasai negeri Johor.
SISTEM JEMAAH MENTERI DI
KELANTAN
1. Latar belakang
■ Sistem jemaah Menteri di
Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
■ Sultan Muhammad II
(1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan kelantan.
■ Sultan Muhammad II telah
menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan
menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
2. Struktur Sistem Jemaah menteri
Kelantan.
● Jemaah Penasihat Raja –
Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
● Jemaah Menteri Istana –
Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
● Jemaah Menteri Keadilan dan
kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
● Jemaah Menteri Dalam Negeri
– Menjaga keamanan Negeri.
● Jemaah Menteri Luar –
Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
● Jemaah Menteri
Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
● Jemaah Menteri Peperangan –
Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
● Jemaah Menteri Pentadbiran
dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
TERENGGANU
1. Latar Belakang
■ Pada 1911, Sultan Zainal
Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
■ Dikenali juga sbg Ittiqan-Il
muluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yg berdasarkan
keadilan.
■ Tujuan – untuk menghalang
British yg sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
2. Kandungan Undang-Undang
Tubuh Kerajaan
Terengganu.
■ Pemerintahan beraja bercorak
raja berperlembagaan.
■ Pemerintah Terengganu mesti
beragama Islam.
■ Berbangsa Melayu.
■ Lelaki.
■ Merupakan waris Sultan yg
memerintah Terengganu.
3. Sultan dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
4. Menteri yang menganggotai
Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama
Islam, berbangsa Melayu,
rakyat Terengganu serta mengaku taat setia
kepada sultan dan kerajaan.
5. Majlis Mesyuarat kerajaan
diketuai oleh Menteri Besar yg dilantik oleh Sultan.
6. Jemaah menteri berhak
memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan.
7. Ahli Mesyaurat kerajaan
bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri
untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri,
menjaga kebajikan rakyat,
menjaga keamanan negeri dan menjalinkan
hubungan dengan negeri lain.
8. Waris sultan atau menteri
dilarang mengkhianati pemerintah negeri
dan ditegah menyerahkan
negeri kepada kuasa lain.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
TERENGGANU MENGANDUNGI FASAL BERIKUT
● Perlantikan Raja
● Syarat menjadi Raja
● Waris takhta
● Tertib Raja
● Zuriat Sultan
● Raja yang belum cukup umur.
● Tegahan kepada raja
● Sara hidup kerabat iraja
● Menteri
● Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri
● Tanggungjawab pembesar
● Kedudukan Agama Islam
● Ketaatan kepada pemerintah
● Kesalahan khianat kepada
negeri
● Pemilihan Menteri Besar dan
Naib Menteri Besar
● Kepentingan dan agenda
mesyuarat kerajaan
● Mengadakan perjanjian
● Hubungan kerajaan denga
kerajaan lain.
NEGERI SEMBILAN – PRINSIP
DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN.
1. Latar Belakang
■ Negeri Sembilan teriri
drpd 9 buah negeri iaitu Sungai Ujong,
Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
■ Paa abad ke 18, Negeri
Sembilan mempunyai rajanya sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan
Besar.
■ Negeri Sembilan merupakan
negeri Melayu pertama yg bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
■ Negeri Sembilan mengamalkan
sistem pemerintahan berasarkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan berada ditangan
rakyat.
■ Mengikut hieraki Adat
Pepatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak
Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yg kemudiannya melantik Yang
Dipertuan Besar.
UNSUR DEMOKRASI DLM SISTEM
PEMILIHAN PEMIMPIN DI NEGERI SEMBILAN.
■ Negeri Sembilan dibahagikan
kepada 4 daerah atau jajahan yang disebut luak.
■ Empat luak utama ialah
Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.
■ Ketua setiap luak ialah
Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
■ Undang dipertanggungjawabkan
melantik Yang Dipertuan Besar.
■ Lembaga pula dipilih oleh
Buapak.
■ Lembaga merupakan ketua suku
dan bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
■ Buapak merupakan Ketua
Perut.
■ Setiap anggota Perut
dikenali sebagai Anak Buah.
■ Buapak menjadi tempat
rujukan bagi setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat.
■ Sistem ini tidak mengamalkan
kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada indiviu mengikut peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan