SEBAB-SEBAB PENGENALAN
MALAYAN UNION
1. Persediaan Membentuk
Kerajaan Sendiri
● British memperkenalkan
Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk
pemerintahan sendiri.
2. Melahirkan Pentadbiran yg
licin
● British ingin mewujudkan
pentadbiran yang licin.
● Sistem pentadbitan sebelum
ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.
3. Menjimatkan kos
pentadbiran
● Pembahagian Tanah Melayu
kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan
petadbiran.
● Kepelbagaian sistem ini
telah menelan kos yang besar.
● Ia juga menyebabkan
pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
4. Membentuk Bangsa Malayan
Union.
● British berhasrat membentuk
bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan
menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
● Justeru, British dapat
memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu
tidak terbantut.
5. Mengawal kuasa politik
orang Melayu.
● British berpendapat dengan
mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap
sumber ekonomi Tanah Melayu.
● Selain itu ia juga dapat
mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN
UNION
● Penyatuan Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
● Perlantikan seorang gabenor
British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
● Pembentukan Majlis Eksekutif
dan Majlis Undangan Malayan Union.
● Singapura diasingkan kerana
kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
● Kewarganegaraan sama rata
dengan prinsip jus soli.
● Raja-Raja Melayu menjadi
menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
● Raja-Raja hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
● Seorang Pesuruhjaya dilantik
bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
REAKSI TERHADAP MALAYAN
UNION
Sebab-Sebab Penentangan
Malayan Union
● Orang Melayu membantah
tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
● Baginda akan diturunkan
takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
● Cth. Ugutan terhadap Sultan
Badlishah di Kedah.
● Orang Melayu menentang
penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
● Raja-Raja Melayu hanya
menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
● Zakat fitrah dipungut di
bawah nama Gabenor Malayan Union.
● Bertentangan dengan
kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
● Orang Melayu bimbang agama
Islam akan tercabar.
● Pemberian kerakyatan yg
longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
● Dasar terbuka British
mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
● Orang Melayu bimbang akan
kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.
● Pengenalan Malayan Union
akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
GOLONGAN YANG MENYOKONG
MALAYAN UNION
1. Orang Dagang dan Golongan
Melayu Radikal
● Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu
menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
● Mereka menyokong dasar sama
rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
● Kerakyatan Malayan Union
yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal
masing-masing.
● Mereka juga mempercayai
janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
2. Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM)
● Pemerintahannya bersifat
barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja
dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
● Mereka menginginkan konsep
republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu
Raya dapat dilaksanakan.
3. Angkatan Pemuda Insaf (API)
● Pimpinan Ahmad Boestamam
● Nama sebenarnya ialah
Abdullah Sani
● Menjadi wartawan
● Ditahan di bawah Akta
Darurat 1948-1955
4. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS
)
CARA-CARA PENENTANGAN ORANG
MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.
● Bantahan melalui
akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
● Mengadakan demonstrasi
secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja
Melayu.
● Bantahan ini berlaku di Kota
Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
● Persatuan-persatuan Melayu
dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
● Mereka menghantar telegram
dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
● 23 Januari 1946, Dato’ Onn
Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays
Organization ( U.M.O ).
● Kongres Melayu 1946 diadakan
pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
● Kongres ini dihadiri oleh 41
buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
● Kongres ini setuju
menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu.
● Kongres Melayu Kedua
diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan
Union pada 1 April 1946.
● Orang Melayu mengadakan
rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
● Raja-raja Melayu berkumpul
di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada
ahli-ahli parlimen tersebut.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
1. Perpaduan dalam kalangan
orang Melayu
daripada semua golongan.
● Perpaduan golongan raja dan
rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
2. Sokongan bekas
pegawai-pegawai British
● Antara mereka termasuklah
Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil
Clementi.
● Mereka menolak dasar
menakluk Tanah Melayu.
3. Sokongan pegawai-pegawai
Tinggi British.
● Antaranya termasuklah
sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.
4. Sikap politik orang
Melayu yang sederhana
● Orang Melayu hanya menulis
dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk
menyokong penentangan terhadap British.
● Mereka tidak menggunakan
kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.
5. UMNO tidak menuntut
kemerdekaan
● Britis memilih UMNO dan
raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak
Malayan Union.
● Faktor inilah yang
menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
6. Ketegasan Orang Melayu
membantah Malayan
Union
● Pemimpin Melayu seperti
Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
● Beliau pernah menjadi
Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam
Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.
7. Gesaan Piagam Atlantik
1945
● Pertubuhab Bangsa-Bangsa
Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
● PBB tidak menggalakkan
penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan
berkerajaan kepada penduduk tempatan.
CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
● Sebuah persekutuan dibentuk
dengan gabungan 11 buah negeri.
● Persekutuan Tanah Melayu
diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
● Konsep Raja Berperlembagaan
diwujudkan
● Senarai Persekutuan dan
Senarai Negeri dibentuk.
● Pesuruhjaya Tinggi British
menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.
● Syarat kerakyatan
diperketatkan.
● Prinsip kerakyatan jus soli
adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
● Rakyat British bagi
Negeri-Negeri Selat
(
Melaka dan Pulau Pinang ).
● British mengiktiraf semula
ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
● Institusi Raja Melayu
dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.
PERGERAKAN POLITIK DI
SARAWAK
● Vyner Brooke telah
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
● Antaranya termasuklah kerana
beliau telah tua dan uzur.
● Pengantinya pula iaitu
Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
● Vyner Brooke telah
menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
● Pengisytiharah penyerahan
Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
● Tindakan ini telah dibantah
oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
● Antaranya termasuklah Datu
Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
● Persatuan Melayu Sarawak
(PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
● Mereka menentang tindakan
Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
● Keputusan itu dibuat oleh
Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
● Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang
perisytiharan tersebut secara terbuka.
● Kaum ibu dalam PKMS turut
membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada
kerajaan British.
● Pakatan sulit antara kaum
terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas.
● Salah seorang anggotanya
ialah Rosli Dhobi.
● Sir Duncan Stewart, iaitu
Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau
melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
● Tindakan Rosli Dhobi tidak
berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.
PERGERAKAN POLITIK DI SABAH
● Kegiatan dan kesedaran
politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
● Persatuan Kebangsaan Melayu
Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP)
Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
● Semasa Sabah dijadikan
jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan
terbuka daripada penduduk tempatan.
● Pada tahun 1951
persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.
If you're looking to lose pounds then you certainly have to start using this totally brand new custom keto meal plan.
BalasPadamTo create this keto diet service, licensed nutritionists, fitness couches, and cooks have joined together to provide keto meal plans that are efficient, decent, cost-efficient, and satisfying.
Since their first launch in 2019, hundreds of people have already completely transformed their figure and health with the benefits a smart keto meal plan can provide.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-certified ones offered by the keto meal plan.