BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Huraikan sebab-sebab
penentangan penduduk tempatan terhadap British?
1. Dasar Penaklukan British
● Dasar penaklukan British
terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah.
● Dasar penaklukan British
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
● Cth. apabila British
mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British
dan membayar ufti.
2. Eksploitasi terhadap
Ekonomi Tempatan.
● Eksploitasi ekonomi
dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
● Menerusi perjanjian ini,
saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan
perlombongan bijih timah.
3. Pelaksanaan Pentadbiran
Barat terhadap
masyarakat tempatan.
● British telah memperkenalkan
sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil
yang maksimum.
● Peraturan-peraturan ini
sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
4. Campur Tangan British
dalam Adat Resam
Tempatan.
● British memaksa mereka
menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan.
● Cth. Di Perak, J.W.W. Birch
campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
5. Pembesar Tempatan
Kehilangan Kuasa dan
Pengaruh.
● Pemimpin tempatan juga
kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka
apabila British menjajah.
6. Kesulitan Penduduk
Tempatan.
● Penentangan pemimpin
tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
● Mereka tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.
Bincangkan Faktor-Faktor
Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu.
1. Pengenalan Sistem Politik
Barat
● British telah meletakkan
seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar
tempatan.
● Para pembesar diberikan
pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
● Perubahan ini mencabar
sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka.
2. Perkembangan Sistem
Pendidikan.
● Muncul golongan intelek
Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
● Mereka menyedari perlunya
sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
3. Dasar British.
● British telah menggalakkan
sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap
di Tanah Melayu.
● Kemasukan org asing telah
meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
● Keadaan ini menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan.
● British juga membuka bandar
baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan serba kekurangan.
● Keadaan ini menjarakkan lagi
jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan
penduduk lain di bandar.
4. Pendudukan Jepun
● Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah
menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing
dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
● Jepun menggalakkan org
tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
● Bagaimanapun, kesengsaraan
dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci
penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
5. Penguasaan Parti Komunis
Malaya
● PKM telah menguasai
balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
● Mereka membunuh dan
menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
● Ramai orang Melayu terbunuh
dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
6. Kemunculan Mesin Cetak
● Memberikan kesan kepada
penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
● Buku-buku, akhbar, majalah,
kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.
7. Gerakan Pan-Islamisme
Sedunia
● Gerakan Pan-Islamisme –
Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih
progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan.
● Gerakan ini didokong oleh
pelajar Islam di seluruh dunia.
● Dimulakan oleh Syeikh
Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.
● Dalam tulisannya, beliau
telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
● Gerakan Wahabi di Arab Saudi
juga mendesak matlamat yang sama.
8. Kesedaran politik
Serantau
● Indonesia yg amat rapat
dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
● Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan
nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang
berpendidikan vernakular Melayu.
● Idea kebebasan politik dan
penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh
masyarakat tempatan.
GERAKAN ISLAH
■ Gerakan Islah – Gerakan yang
berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka
terhadap Islam.
■ Tokoh pendorong gerakan ini
– Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
■ Golongan ini dikenali sbg
Kaum Muda.
■ Akhbar dan majalah seperti
al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh menjadi medium untuk menyalurkan
maklumat gerakan ini.
MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN
ISLAH.
■ Menyampaikan idea dan
menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
■ Gesaan untuk memajukan
ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
■ Menyematkan sikap mengkritik
penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
■ Mengkritik raja dan pembesar
Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.
PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH
■ Gerakan Kaum Muda ditentang
oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.
■ Gerakan Islah oleh kaum Muda
bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja.
■ Di negeri-negeri Melayu
terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
■ Undang-undang ini tidak
membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran Sultan.
■ Undang-undang juga tidak
membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu.
■ Gerakan kaum Muda telah
menubuhkan beberapa buah madrasah.
■ Di Madrasah diajar
Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
■ Madrasah memberi peluang
pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.
AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL :
PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.
1. Nama-nama Akhbar
● Warta Malaya
● Lembaga Malaya
● Majlis
● Utusan Melayu
● Warta Negara
● Fajar Sarawak
2. Persoalan tentang
Sosial/Pendidikan,
ekonomi dan Politik yang di bangkitkan.
SOSIAL/PENDIDIKAN
● Memajukan pendidikan tinggi
orang Melayu.
● Menggalakkan pendidikan
untuk anak perempuan.
● Menyeru orang Melayu
meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.
● Menggalakkan tabungan di
kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
● Mementingkan kemahiran
tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
● Mementingkan pendidikan
bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
● Meminta taraf sekolah Melayu
dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
● Memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
● Menyeru orang Melayu supaya
tidak meninggalkan pendidikan Islam.
● Mengekalkan nilai-nilai baik
masyarakat Melayu.
EKONOMI
● Menggalakkan syarikat
kerjasama.
● Meminta British mengurangkan
kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan.
● Menggalakkan perniagaan
dalam kalangan orang melayu.
● Melarang orang Melayu
daripada menjual tanah mereka.
● Menyeru orang Melayu supaya
berjimat cermat.
● Meminta British mewujudkan
kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
POLITIK
● Mengkritik British kerana
mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
● Mengkritik para pembesar dan
Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya.
● Menolak dasar pilih kasih
British dalam pentadbiran.
● Menuntut diadakan Malay
Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan.
● Menyeru orang Melayu bersatu
dalam satu pertubuhan kebangsaan.
● Menentang tuntutan orang
dagang terhadap politik tempatan.
3. Nama-Nama Majalah
Majalah
|
Pengarang
|
●
Majalah Guru
|
Muhammad Dato’ Muda
Linggi.
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
|
●
Pengasuh
|
Dato’ Nik Mohamad
|
●
Bulan Melayu
|
Zainon Sulaiman
|
4. Persoalan yang
dibangkitkan.
● MAJALAH GURU
● Pendidikan anak-anak Melayu.
● Perpaduan di kalangan org
Melayu.
● Semangat cinta akan negara
dan menentang penjajahan.
● Membaiki taraf hidup orang
Melayu.
● Memajukan bahasa dan sastera
Melayu.
● Perpaduan dikalangan guru
sebagai pemimpin bahasa.
● PENGASUH
● Membincangkan soal
pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
● Menggalakkan pendidikan di
kalangan orang Melayu.
● Memperluas ilmu dalam semua
bidang.
● Memberikan pentafsiran
kepada persoalan orang Islam.
● Menggesa orang Melayu
menjauhkan diri daripada sikap buruk.
● BULAN MELAYU
● Menggalakkan perpaduan di
kalangan guru perempuan Melayu Johor.
● Menggalakkan wanita
mendapatkan pendidikan.
● Mendorong wanita menjaga
kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
● Menggalakkan wanita menjadi
obor untuk memajukan bangsa.
5. Nama-Nama Novel
Novel
|
Pengarang
|
●
Keris Melaka
|
Ahmad Bakhtiar
|
●
Anak Mat Lela Gila
|
Ishak Haji Muhammad
|
●
Putera Gunung Tahan
|
Ishak haji Muhammad
|
●
Melor Kuala Lumpur
|
Harun Aminurrashid
|
6. Persoalan yang dibangkitkan.
● Keris Melaka
● Semangat perjuangan
menentang penjajah Barat spt Portugis.
● Menghargai sumbangan
tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
● Menggunakan sejarah sebagai
inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi
muda.
● Anak Mat Lela Gila
● Semangat menentang penjajah
oleh anak muda tempatan.
● Menghargai warisan bangsa
sendiri.
● Mencintai tanah air.
● Menolak kesenangan demi
maruah bangsa.
● Putera Gunung Tahan
● Semangar wira pemuda
tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
● Mencintai tanah air.
● Berasa bangga dengan
kebolehan sendiri.
● Seorang gadis tempatan yg
menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.
● Melor Kuala Lumpur
● Emansipasi atau kebebasan
wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
● Wanita yang mementingkan
pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
● Membuang pandangan negatif
yg boleh menghalang kemajuan bangsa.
PERJUANGAN NASIONALISME OLEH
PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU
1. Kesatuan Melayu Singapura
(KMS)
■ Pengasas – Mohammad Eunos Abdullah,
Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
■ Didokong oleh golongan
berpendidikan Inggeris.
■ Tujuan – menjaga kepentingan
sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
■ Mohammad Eunos Abdullah
menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
■ Kejayaan beliau termasuklah memperoleh
sebuah kawasan penenpatan khas bagi org Melayu di Singapura.
■ Keberkesanan perjuangan KMS
mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yg
lain.
2. Persatuan Sahabat Pena
Malaya (PASPAM)
■ Dpimpin oleh cerdik pandai
Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.
■ Tujuan – menggalakkan
ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri
sendiri dan bangsa.
■ Menggalakkan perpaduan dan
persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
3. Persatuan Negeri
■ Ditubuhkan di negeri-negeri
Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan
(1938) dan Pahang (1938).
■ Objektif – mengabungkan
tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
■ Menggalakkan perpaduan di
kalangan orang Melayu.
4. Persatuan di Sarawak
■ Persatuan Melayu Miri (1936)
dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
■ Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
■ Tujuan – mengeratkan
perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa
serta menegakkan ajaran agama Islam.
5. Persatuan di Sabah
■ Terdapat cawangan Persatuan
Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
■ Anggotanya terdiri daripada
peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda
(KMM)
■ Ditubuhkan pada 1939.
■ Pemimpinnya Ibrahim Haji
Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur.
■ Objektif – menggalakkan
perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang
Melayu.
■ Tujuan penubuhan KMM
sebenarnya lebih bersifat politik.
PERKEMBANGAN KMM
■ KMM bekerjasama dengan Jepun
untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
■ Menjadi propaganda Jepun
dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
■ Mengelilingi Tanah Melayu
untuk mencari sokongan.
■ Maahad II Ihya Assyariff di
Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yg
dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
■ Ibrahim Haji Yaakob, Ishak
Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British
pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi Singapura.
7. Kongres Melayu 1939 dan
1940.
■ Membincang kemunduran orang
Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri.
■ Disokong oleh golongan
intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
■ Resolusi kongres –
mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosio ekonomi dan
politik mereka yg lemah.
■ Akhirnya org Melayu dapat
mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan mereka selama ini.
GERAKAN NASIONALISME SEMASA
PENDUDUKAN JEPUN
■ Jepun menjalankan dasar
pemerintahan ketenteraan.
■ Menyekat kebebasan bersuara
penduduk Tanah Melayu.
■ Hanya memberi kebebasan
kepada pertubuhan yg menyokongnya.
Dasar Pemerintahan Jepun di
Tanah Melayu.
■ Mengharamkan penerbitan
semua akhbar.
■ Menukar nama akhbar tempatan
kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
■ Semua Sekolah menggunakan
bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
■ Nilai budaya Jepun
diperkenalkan.
Pertubuhan-Pertubuhan yg
Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu
1. Barisan Pemuda di Perak
■ Ditubuhkan oleh Ahmad
Boestamam
■ Menyatukan pemuda-pemuda
Melayu
■ Mereka dilatih sebagai
tentera sukarela Jepun.
2. Malayan People
Anti-Japanese Army (MPAJA)
■ Ditubuhkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.
■ Disokong oleh British dengan
memberi bantuan senjata.
■ Pasukan Bintang Tiga juga
ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org Melayu, Cina dan India.
3. Force 136
■ Terdiri daripada
pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
■ Bergerak secara gerila di
hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.
4. Pasukan Wataniah Pahang
■ Pasukan sukarela menentang
Jepun
■ Terdiri daripada guru,
pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.
5. Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS)
■ Ibrahim Yaakob meminta Jepun
memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu bersama-sama Indonesia.
■ Sesuai dgn matlamat asal KMM
utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
■ KRIS ditubuhkan sebagai
badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur
diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan Indonesia.
■ Indonesia mengisytiharkan
kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana kekalahan Jepun yg mendadak menyebabkan
Presiden Soekarno telah mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos
1945.
■ Dengan itu kemerdekaan di
bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya telah gagal.
■ British kembali menguasai
Tanah Melayu pada September 1945.
sgt bermanfaat cg.. ThumbsUp
BalasPadamsy nk isi penuh bukan point
BalasPadamplease sy memerlukan isi penuh secara detail....
BalasPadamIsi penuh dh tu...
BalasPadamIsi penuh dh tu...
BalasPadam