Rabu, 25 Jun 2014

Nilai Patriotisme ( contoh jawapan KBKK sejarah kertas 3 )



Nilai-nilai Patriotisme


1. Cinta akan negara
2. Setia kepada negara
3. Menjaga nama baik negara
4. Sanggup berkorban
5. Berani berjuang
6. Bersemangat kental
7. Sanggup mempertahankan maruah negara
8. Bijak merancang
9. Mengekalkan kedaulatan negara
10. Mematuhi peraturan
11. Bangga kejayaan Malaysia diperingkat dunia
12. Bangga dengan keunikan negara
13. Bangga sebagai rakyat Malaysia
14. Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya
15. Menyanjung warisan bangsa
16. Memartabatkan bahasa kebangsaan
17. Bersemangat kekitaan
18. Menghormati lambang-lambang negara
19. Kekayaan negara dinikmati bersama
20. Menghargai perjuangan tokoh
21. Menghormati raja
22. Menghormati pemimpin
23. Sedia berubah
24. Tolak ansur
25. Menyokong dasar-dasar kerajaan
26. Menolak amalan rasuah


BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

 1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui gagasan Malaysia

1959 – Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan
           Tunku Abd Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu

1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan  agar Persekutuan Tanah Melayu yang mereka
            dinamai Malaysia.

1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penggabungan.

1948 – Sir Malcolm MacDonald mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
            Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. FAKTOR POLITIK

      Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
      Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
     Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
      Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
   Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
      Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
      Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
      Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
      Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
      British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

2. FAKTOR EKONOMI

  Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
     Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
      Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

SISTEM AHLI

      Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

CIRI-CIRI SISTEM AHLI

      Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
      Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
      Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
      Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
      5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
      4 orang pegawai Inggeris.
      Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PAKATAN MURNI

      Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
      Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.


BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
      British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
      British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
      Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran
      Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
      Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
      Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
      British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
      Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
      British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
      Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

BAB 3 – KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA



CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

1. Negara
    Negara – wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yg berwibawa.
    Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

2. Bangsa
    Merujuk kepada sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah.
    Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

3. Kerajaan
    Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
    Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
    Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

4. Perlembagaan
  Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yg menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.
    Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 2 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Huraikan sebab-sebab penentangan penduduk tempatan terhadap British?

1. Dasar Penaklukan British
      Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
      Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
      Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.
      Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
      Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah.

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap
    masyarakat tempatan.
      British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum.
      Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.

4. Campur Tangan British dalam Adat Resam
    Tempatan.
      British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
      Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan
    Pengaruh.
      Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.

6. Kesulitan Penduduk Tempatan.
      Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
      Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.


BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme

1. Keistimewaan Asia Tenggara
      Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
      Jaminan pasaran yang luas.
      Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
      Kaya dengan bahan mentah