CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA
1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui gagasan
Malaysia
1959 – Lee Kuan Yew mendesak
British supaya berunding dengan
Tunku Abd Rahman untuk menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
1956 – Dato Onn Jaafar
mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang mereka
dinamai Malaysia.
1955 – Lim Yew Hock dan
David Marshall mencadangkan penggabungan.
1948 – Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MALAYSIA
1. FAKTOR POLITIK
● Lee Kuan Yew minat bergabung
dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya
Hong Lim di Singapura.
● Perkembangan Barisan
Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan
Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
● Keadaan ini membimbangkan
kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada
Singapura.
● Ancaman komunis juga
merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
● Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
(PKM) dari 1948-1960.
● Ancaman komunis juga wujud
di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO).
Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
● Penyertaan Singapura. Sarawak
dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi
menghadapi ancaman komunis.
● Penubuhan Malaysia akan
mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa
ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
● Penubuhan Malaysia ialah
proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
● British berharap pembentukan
Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan
wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
● Penubuhan Malaysia akan
mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan
perkembangan industri pertanian.
● Kerjasama serantau dalam
bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di
negeri-negeri ini.
● Tanah Melayu kaya dengan
getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya
dengan minyak.